Saturday, 27 May 2017


Bulan ramadhan adalah bulan yang mulia bagi umat islam. Justeru itu, untuk menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan hendahlah dimulakan dengan niat. 



Sepanjang berpuasa kita perlu mengambil berat adab-adab berpuasa iaitu:
🕊Menundukkan pandangan serta menahannya dari pandangan-pandangan liar yang tercela dan dibenci.
🕊Menjaga lisan dari berbicara, mengadu domba dan dusta.
🕊Menjaga pendengaran dari mendengarkan setiap yang  haram atau tercela.
🕊Menjaga anggota tubuh lainnya dari perbuatan dosa.
🕊Hendaklah tidak memperbanyakkan makan.
🕊Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji kurma atau segelas air.
🕊Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah kurma dan jika tiada memadai dengan segelas air serta melambatkan sahur.
🕊memenuhi malam dengan amalan seperti solat terawih, tahajjud dan sebagainya.

🌙Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Semoga kita dapat mempertingkatkan ibadah untuk meraih keberkatan di bulan ramadhan🌙

No comments:

Post a Comment

Kulit kusam tak bermaya tewas dengan kehadiran krim WD. Pewiit. Beza nau kulit muka sis ni.cantik yang amat. Sis ni pakai apa eh? O...